Skuad Prihatin LKK santuni mangsa ribut di Gombak

- Advertisement -

GOMBAK: Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan satu majlis khas penyampaian sumbangan kepada mangsa ribut di Masjid Nakhoda, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihak PAS atas nasib menimpa mangsa, sekali gus berkongsi rasa dialami mereka dengan harapan sumbangan tersebut sedikit meringankan beban yang ditanggung.

Sumbangan telah disampaikan sendiri Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh kepada para penerima yang hadir menyantuni mangsa para penerima sumbangan tersebut.

Dalam tazkirah ringkasnya, beliau menitipkan pesanan agar bersabar dengan ujian yang datangnya dari Allah S.W.T, selain mengingatkan agar usaha membantu sesama Islam diteruskan dengan niat kerana Allah S.W.T.

Dalam kejadian pada 10 Julai lalu, hujan lebat dan angin kuat telah menyebabkan kerosakan kepada struktur kediaman empat rumah serta premis tahfiz al-Quran oleh bencana ribut yang membadai itu.

Hadir sama pada majlis ini adalah Pengerusi Assabiqat Muslimat PAS Malaysia, Khadijah Mahmud serta Ahli Jawatankuasa LKK Muslimat PAS Malaysia, Zuraida Jaafar dan Khadijah Misdi. – HARAKAHDAILY 23/8/2019

IMG 20190823 WA0049

IMG 20190823 WA0048

- Advertisement -