Konvensyen Perpaduan Ummah 25 Ogos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Konvensyen Perpaduan Ummah pada 25 Ogos ini bakal menjadi isyarat jelas buat seluruh rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuhkan kekuatan rakyat dan umat Islam di negara ini.

- Advertisement -

Demikian menurut Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH, Mohd Zai Mustafa dalam satu kenyataan.

Katanya, antara tokoh yang hadir bagi memberikan pandangan dan saranan ialah Profesor Dato Dr Awang Sariyan, Tan Sri Abu Zahar Dato’ Nika Ujang, Tan Sri Musa Hasan, Dato’ Rauf Husin, Dato’ Hasan Mad dan Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Tambahnya, turut hadir bersama bagi merialisasikan impian besar ini dua wakil daripada parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia ini iaitu Umno dan PAS.

“Kepada seluruh Pimpinan NGO Islam Malaysia, saya menyeru agar kita sama-sama menghadiri Konvensyen Perpaduan Ummah pada 25 Ogos 2019 ini dengan satu hasrat Islam kembali berdaulat dengan penyatuan ummah ini,” ujarnya yang juga pengarah konvensyen itu. – HARAKAHDAILY 23/8/2019

- Advertisement -