Bantah pelaksanaan gojek

- Advertisement -

SAYA tidak bersetuju dan membantah gojek dilaksanakan di negara ini.

- Advertisement -

Sekalipun kebaikannya membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda dan menambah pilihan kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan, namun keburukannya lebih patut dihindarkan kerana:

1. Mendedahkan kepada pergaulan yang tidak patuh syariah antara penunggang dan pembonceng melibatkan jantina berlainan.

2. Meningkatkan kadar kemalangan maut melibatkan motosikal.

3. Menyebabkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam tidak diberi perhatian lebih baik.

4. Menambah faktor pencemaran udara.

5. Mendedahkan kepada berlakunya insiden gangguan seksual sama ada kepada penunggang dan pembonceng.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Jumaat, 23 Ogos 2019 | 22 Zulhijjah 1440 – HARAKAHDAILY 23/8/2019

- Advertisement -