‘Saya tidak mampu jadi seperti Dr Zakir’

zakir n
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Dr Zakir Naik seorang insan yang hebat dalam ilmu perbandingan agama.

- Advertisement -

Katanya, jasa Dr Zakir dalam gerakan dakwah cukup hebat, namun kelemahan kecil perkara biasa sebagai seorang manusia.

idris2“Saya tidak mampu menjadi seperti Dr Zakir, apabila mendengar kehebatan beliau berhujah. Kerdilnya saya dibanding dengan ilmu beliau.

“Oleh itu, saya sayang kepada beliau dan menghargai jasa beliau. Jauh sekali memperlekeh usaha beliau,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, tidak pelik sekiranya mereka yang marah kepada Dr Zakir bukan seagama dengan beliau.

Malangnya, mereka yang seagama dengannya bersekongkol dengan orang yang bermusuh dengan dakwahnya sehingga sanggup untuk menghalau beliau daripada bumi Malaysia.

Jelasnya, semua yang berlaku itu kerana kuasa dan takut hilang undi, maka akan diperbuat apa sahaja demi mengambil hati.  

“Semuanya sunnah perjuangan Islam. Ia adalah kebiasaan.

“Semoga Allah memberi kesihatan, kesabaran dan kekuatan kepada Dr Zakir untuk menghadapi dugaan dan mehnah perjuangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/8/2019

- Advertisement -