Persiapan ahli benteng depani bahaya idealogi DAP

- Advertisement -

TAMBUN: Idealogi pembawaan PH dikepalai oleh DAP telah meletakkan kedudukan kerajaan berada dalam keadaan kritikal di mana cabaran ke atas kedaulatan Islam menuntut ummah ini disedarkan mengenainya.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Neger Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, sehubungan itu ahli PAS perlu memahami dan berusaha mempelajari Fiqh al-Awlawiyat dan menjadi penyebar maklumat di segala platform.

Hal tersebut jelasnya supaya keputusan yang dibuat dapat mengelakkan mudarat besar, selain membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya sedang didepani terutamanya di media sosial.

Perkara tersebut ditegaskannya pada sesi khas Bicara Pimpinan dalam program Tafaqquh Fiddin anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Tambun di Markas PAS Tanjung Rambutan, di sini semalam.

Oleh itu peringatnya, ahli PAS mesti mengutamakan kepentingan kedaulatan Islam berbanding kesenangan diri kerana masalah ummah masa kini adalah jauh lebih mustahak dengan cabaran dihadapi.

“Setiap ahli perlu wala’ dan sentiasa memenuni kepercayaan kepada semua keputusan pimpinan yang telah dipersetujui Majlis Syura Ulamak,” ujarnya mengingatkan ‘formula’ kejayaan berjamaah itu.

Beliau turut menegaskan bahawa tohmahan dan sangkaan buruk kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah fitnah semata-mata yang perku ditangkis bersama oleh sekalian ahli PAS.

Hadir sama pada program keilmuan ini adalah Ketua Penerangan PAS Tambun, Ustaz Rosli Azizan. – HARAKAHDAILY 21/8/2019

- Advertisement -