Isu Dr Zakir Naik gamat Dun Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Dr Zakir Naik seorang pendakwah perbandingan agama yang sangat hebat seperti gurunya Dr Ahmad Deedat.

- Advertisement -

Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, beliau boleh membandingkan kesemua agama, menghafal al Quran dan kitab-kitab agama lain.

“Jadi pihak yang tidak bersetuju dengannya hendaklah tampil dengan hujah. Hari ini Allah mengurniakannya berada di Malaysia tetapi oleh kerana ada laporan polis terhadap dia, maka ceramahnya dihalang,” katanya ketika berucap pada persidangan Dun Perlis, hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, menghalang usaha dakwah Dr Zakir di negara ini boleh dikatakan sebagai satu kejayaan buat pemimpin DAP.

Sedangkan kata beliau Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy pernah menerima mendapat lebih 200 laporan polis, namun tiada apa-apa tindakan diambil.

“Saya menyatakan sokongan kepada Dr Zakir Naik dan tidak mengizinkan sama sekali beliau dihantar pulang ke India,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/8/2019

- Advertisement -