Semua pihak perlu amal kesederhanaan

- Advertisement -

KANGAR: Isu-isu agama dan kaum mudah dieksploitasi sehingga boleh mencetuskan konflik dan pertelingkahan antara pihak yang berkepentingan.

- Advertisement -

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah semua pihak perlu sentiasa mengamalkan kesederhanaan dan menghormati perbezaan yang ada.

Titah baginda masyarakat hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang amat kompleks menjadikan pengurusan negeri semakin mencabar bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum.

“Janganlah mudah bertindak ke atas sesuatu berita atau maklumat yang diterima sebelum memeriksa dan memastikan kesahihannya.

“Janganlah terlalu taksub pada sesuatu pendapat sehingga sanggup melakukan perbuatan yang boleh menggugat perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat,” titah baginda sempena Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14, hari ini. – HARAKAHDAILY 20/8/2019

- Advertisement -