AMAL Selangor jayakan penganjuran KAKA Siri 2

- Advertisement -

KUALA LANGAT: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Amal (KAKA) Siri 2 bagi tahun ini yang telah sempurna dijayakan di SRITI Sijangkang, di sini 16 Ogos lalu dan berakhir kelmarin.

- Advertisement -

Kursus diterajui Kor Latihan AMAL Selangor ini telah melibatkan 64 anggota dari seluruh Kawasan negeri ini di mana matlamat kursus bertujuan melahirkan anggota AMAL berkemahiran dan berketerampilan serta mampu melaksanakan tugas dengan baik dalam menjalankan aktiviti kebajikan.

Sepanjang kursus ini, peserta telah didedahkan kepada modul kemahiran seperti asas pertolongan cemas, asas ikatan dan simpulan, asas kejuruteraan, asas bacaan peta dan kompas, kawalan trafik, asas semboyan, tarbiyah dan kawad kaki.

Para peserta kursus juga mesti menjalani ujian dan mesti lulus semua asas kemahiran di mana siri-siri lanjutan kursus juga akan dilaksanakan dan diwajibkan penyertaan kepada anggota berkenaan bagi memastikan penyelarasan gerak kerja AMAL oleh seluruh anggota.

Kursus ini berakhir dengan perasmian penutup oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar serta Pengarah AMAL Selangor, Shehdi Hazrik Shamsudin. – HARAKAHDAILY 20/8/2019

IMG 20190820 WA0009

20190820 045952

- Advertisement -