Pemuda PAS-Umno sedia tangani demografi Borneo

- Advertisement -

SEMPORNA: Demografi Borneo yang berbeza dari Tanah Semenanjung menuntut kerjasama antara PAS dan Umno dalam melestarikan agenda perpaduan ummah dipergiatkan bukan hanya di peringkat pucuk pimpinan, bahkan akar umbi.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Semporna, Shahril Shazwan Shahruddin berkata, oleh demikian, maka program-program kerjasama kedua pihak akan diperluaskan merangkumi pelaksanaannya di peringkat Cawangan.

Pandangan futuristik dan komitmen itu menjadi ulasannya selepas hadir bersama delegasi Pemuda PAS Semporna memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pemuda Umno Bahagian Semporna di Hotel Seafest, di sini kelmarin.

Nada komitmen sama turut diungkap Ketua Pemuda Umno Semporna, Muhammad Sufian Pg Hindi yang mengakui bahawa perjuangan kedua parti adalah untuk memartabatkan Islam dan Melayu di mana kini lantang dipertikai DAP.

Dalam perasmian disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman itu, beliau menyeru ahli Umno mencontohi PAS dalam gerak kerja yang melakukan pengorbanan termasuk wang ringgit sendiri untuk menjayakan aktiviti.

Dalam majlis berasingan, Ketua Pemuda PAS Semporna, Huzaini Rohan menegaskan bahawa ta’awun siyasi untuk mencapai perpaduan ummah adalah keutamaan untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan lain. – HARAKAHDAILY 19/8/2019

IMG 20190819 WA0001

- Advertisement -