Kenduri Rakyat LKK PAS Pusat masuki tahun ke-6

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Pusat telah melaksanakan program Kenduri Rakyat yang memasuki tahun keenam dan telah dilangsungkan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini tengahari semalam.

- Advertisement -

Majlis dengan kerjasama LKK PAS Wilayah Persekutuan dan LKK PAS Negeri Selangor ini mensasarkan golongan gelandangan telah menerima sekitar 500 tetamu termasuk warga kota sekitarnya dengan pelbagai juadah kenduri dihidangkan.

Sumbangan menjayakan Kenduri Rakyat ini merupakan hasil kemurahan hati dan prihatin orang ramai termasuk bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Dato’ Seri Johari Abdul Ghani dan PAS Kawasan Batu yang menaja ayam dan daging lembu.

Hadir sama pada majlis ini adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi serta LKK dari dua negeri tersebut serta Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Dr Rosni dalam ucapannya berharap inisiatif tersebut terus meluaskan usaha dalam memasyarakatkan PAS terutama menyantuni golongan demikian, selain berharap pelaksanaannya dapat juga diadakan di peringkat PAS Negeri dan PAS Kawasan. – HARAKAHDAILY 18/8/2019

IMG 20190818 WA0032

IMG 20190818 WA0033

- Advertisement -