PAS serah sumbangan mangsa kebakaran Cheras

- Advertisement -

BANDAR TUN RAZAK: Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adam telah turun padang menyantuni mangsa kebakaran di Taman Ikan Emas, Cheras, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Lawatan itu sebagai menzahirkan simpati atas ujian menimpa, selain menyerahkan sumbangan bantuan buat mangsa melibatkan masing-masing dua keluarga Melayu dan India, serta empat keluarga kaum Cina.

Turut sama pada ziarah tersebut adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Md Shukor Aziz dan Pengerusi Masjid Zubair Al-Awwam, Jelani Ugoh serta Ketua Umno Cawangan Ikan Emas, Nor Hafiz Buang.

Berikutan kejadian yang berlaku pada 14 Ogos lalu, keluarga terbabit hilang tempat tinggal dan kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sri Pulau Pinang, sementara menunggu berpindah ke rumah baru disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Orang ramai juga diseru menghulurkan simpati dan keprihatinan terhadap keluarga mangsa bagi meringankan beban ditanggung mereka antaranya dihulurkan menerusi wakil Skuad Prihatin PAS untuk disampaikan kepada mangsa. – HARAKAHDAILY 17/8/2019

IMG 20190817 WA0034

IMG 20190817 WA0035

- Advertisement -