Khidmat AMAL Raub legakan pengguna jalan raya

- Advertisement -

RAUB: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Raub sentiasa siap sedia memberikan khidmat mereka di lapangan termasuk ketika musim perayaan dan cuti di mana secara khususnya kepada pengguna jalan raya.

- Advertisement -

Operasi diketuai Komandan AMAL Raub, Ahmad Zhafir Abd Taib ini telah secara bertumpu memberi perkhidmatan dari Bandar Raub ke kawasan Rehat dan Rawat (R & R) Benta terutama dari jam 11 malam hingga 3 pagi.

Dari amal bakti mereka berikan, ia telah memanfaatkan kepada sekurang-kurangnya pengguna yang melalui jalan raya Raub ke Gua Musang itu dengan kekuatan lima anggota bersama sebuah pacuan empat roda dan empat motosikal.

Antara bantuan diberikan adalah menukar tayar pancit selain membantu laluan kesesakan ketika berlaku kemalangan jalan raya di mana walaupun ianya sumbangan kecil, namun memberi ‘kelegaan’ buat mereka yang mengalaminya.

Pengguna yang mempunyai kecemasan dan memerlukan khidmat mereka boleh hubungi Ahmad Zharfan Abd Taib (013-389 0448), Muhammad Arif Idris (010-908 4810) atau Amirullah Badaruddin (012-922 2097) dan sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 06046010019805 atas nama Amal Kawasan Raub. – HARAKAHDAILY 17/8/2019

IMG 20190817 WA0017

IMG 20190817 WA0015

- Advertisement -