Dr Zakir Naik: Demi Islam kita mesti pertahankannya

- Advertisement -
SETELAH meneliti kenyataan ‘penuh’ Dr Zakir Naik terhadap isu pengusiran ‘tetamu lama’, saya berpendapat kenyataan Dr. Zakir Naik tidak sepenuhnya memberi erti bahawa beliau bermaksud seperti yang di fahami oleh banyak pihak daripada hasil laporan media yang sengaja cuba mencetuskan isu. 
 
Tindakan kerajaan India juga sebenarnya penuh kekaburan dan tidak mempunyai bukti yang kukuh. Seakannya mereka sebenarnya hanya takut dengan kepetahan Dr Zakir Naik dalam berhujah tentang Islam.
 
Seperti yang diketahui, di Malaysia DAP merupakan sebuah parti yang sangat ‘bermasalah’ dengan Islam. Mereka sering menyerang Islam dengan pelbagai hujah dangkal yang tidak masuk akal.
 
Dalam isu Dr Zakir Naik, DAP sangat berlebihan dan menjadi ‘barua’ kepada agenda antarabangsa untuk menekan Islam. Ternyata DAP tidak bersendirian dalam isu ini.
 
Jangan dengan hanya memiliki kuasa yang secebis, DAP telah cuba menunjukkan taring. Bak kata pepatah sebagaimana juga yang di tegaskan oleh Tuan Guru Presiden “Diberi Betis Hendak Paha”. 
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana bertegas dalam isu Dr Zakir Naik. 
 
Kita pula selaku umat Islam wajib mempertahankan Dr Zakir Naik untuk kekal di Malaysia demi Islam walau dengan apa sahaja cara sekalipun.
 
Kita perlu tunjukkan kepada DAP dan bukan Muslim bahawa semua Muslim adalah bersaudara dan kita semua Muslim cintakan keharmonian.
 
Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai
14 Zulhijjah 1440 | 15 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 15/8/2019
- Advertisement -