Kenduri penyatuan ummah PAS-Umno Titiwangsa

- Advertisement -

TITIWANGSA: PAS dan Umno Parlimen Titiwangsa telah mengadakan majlis korban dan kenduri penyatuan ummah yang dijayakan di Dataran Integriti Blok A PPR Hiliran Ampang, di sini semalam.

- Advertisement -

Program korban yang julung kali dianjurkan secara bersama antara kedua-dua parti ini telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada masyarakat penduduk setempat.

Sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan dengan dua ekor daripadanya dimasak bagi kenduri ini, manakala enam ekor lagi dikorbankan di Markas PAS Darul Ummah, di sini.

Di kesempatan tersebut, Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap menyifatkan kerjasama antara PAS dan Umno sebagai fenomena baru dalam kancah politik Malaysia.

Jelasnya, kedua parti sepakat menjadikan Islam sebagai teras penyelesaian kepada semua perkara, termasuklah aspek politik, ekonomi dan sosial di mana akan dimeterai piagamnya bulan depan.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Dato’ Johari Abdul Ghani melahirkan keyakinan bahawa kesatuan dalam masyarakat terutamanya antara PAS dan Umno akan dapat menumbangkan Kerajaan PH. – HARAKAHDAILY 13/8/2019

IMG 20190813 WA0078

- Advertisement -