Ceramah 3MB, Himpunan Ummah Pantai Timur

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan ceramah tiga Menteri Besar bagi Himpunan Ummah Pantai Timur.

- Advertisement -

Tiga menteri besar berkenaan, Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan, Ahmad Yakob dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Haji Wan Rosdi Wan Ismail.

Acara berprestij itu julung-julung kalinya diadakan bagi menjawab hala tuju yang hangat diperbincangkan di dalam negara berkait hubungan di antara kerjasama PAS dan Umno dalam memastikan kesatuan Melayu Islam.

Himpunan Perpaduan Ummah Pantai Timur (HIMPUN) berkenaan akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu pada 22 Ogos ini.

Rakyat di tiga buah negeri Pantai Timur berkenaan diharapkan tidak melepaskan peluang untuk berhimpun pada acara yang penuh sejarah dan berprestij ini dengan pelbagai acara yang akan diadakan itu. – HARAKAHDAILY 14/8/2019

himpun

- Advertisement -