Takbir, tahmid dan tasbih bergema di MANTIK, Raub

- Advertisement -

RAUB: Laungan takbir, tahmid dan tasbih bergema buat julung kalinya sempena solat sunat Hari Raya Aidil Adha yang telah dilangsungkan di pekarangan Kompleks PAS Kawasan Raub (MANTIK), semalam.

- Advertisement -

Memimpin ibadah disertai sekitar 200 ahli PAS Raub bersama kaum keluarga mereka ini adalah Ketua Pemuda PAS Raub, Abu Ro’is Abdullah yang mengimamkan solat, seterusnya menyampaikan khutbah Aidil Adha.

Majlis penuh ukhuwah dan menyuntik roh perjuangan itu berterusan dengan aturcara program korban dan akikah mengorbankan empat lembu dan tiga kambing yang diadakan di Dataran MANTIK, Kampung Gali Tengah, di sini.

Pengarah Program, Shahrizan Mat Esa mengetuai gotong-royong tersebut dari kerja persiapan peralatan, mengatur pembahagian kerja hingga penyembelihan, melapah dan membahagikan daging korban tersebut.

Hadir sama sepanjang majlis tersebut menyantuni ahli-ahli PAS dan beraya sebagai satu keluarga adalah Yang DiPertua PAS Raub, Dr Mohamad Nilam Manaf. – HARAKAHDAILY 12/8/2019

IMG 20190812 WA0049

- Advertisement -