PAS Bintulu anjur program korban dan jamuan rakyat

- Advertisement -

BINTULU: PAS Kawasan Bintulu menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan melaksanakan ibadah korban dan jamuan rakyat yang dilangsungkan bersama masyarakat Kampung Penan Muslim di Batu 12, di sini hari ini.

- Advertisement -

Program rutin tahunan ini telah dijayakan penuh meriah dalam merealisasikan hasrat untuk memasyarakatkan PAS menerusi program dilaksanakan selain meninggikan syiar ibadah yang sangat dituntut oleh agama.

Turut serta dalam program ini adalah wakil Ketua Kampung, Abdul Rahman Abdullah, manakala pimpinan PAS Bintulu diketuai Yang DiPertua, Zharudin Narudin yang bersama bergotong-royong melapah dan memasak.

Agihan daging korban kepada peserta dan penduduk miskin setempat telah dijayakan juga dengan penglibatan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Urusan Ulamak Bintulu bersama para penduduk kampung ini.

Perpaduan erat dan kemesraan ikatan yang terjalin antara pimpinan PAS Bintulu dan penduduk setempat jelas kelihatan apabila bersolat Zohor berjamaah dan menikmati hidangan jamuan rakyat bersama. –HARAKAHDAILY 12/8/2019

IMG 20190812 WA0074

IMG 20190812 WA0076

- Advertisement -