Korban Perdana PAS Bakri dimeriahkan masyarakat

- Advertisement -

BAKRI: PAS Kawasan Bakri telah mengadakan majlis Korban Perdana sempena Hari Raya Aidil Adha yang telah dilangsungkan di PASTI At-Thohiriah, Parit Setongkat Darat, Sungai Abong, Muar, di sini semalam.

- Advertisement -

Diketuai Shaari Ripin, program ini bertujuan menghayati pengorbanan yang telah diteladankan keluarga Nabi Ibrahim A.S, selain juga mendekatkan serta memasyarakatkan PAS bersama penduduk.

Terdahulu, solat sunat Hari Raya Aidil Adha telah diadakan dengan diimamkan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Bakri, Ustaz Muhammad Asri Abdul Rahman disertai ahli PAS dan penduduk sekitar.

Sebanyak lapan ekor lembu yang pesertanya terdiri daripada Guru PASTI, ibu bapa murid dan orang awam telah dikorbankan dengan sembelihan diketuai Mursyidulhakim Mazlan dari PAS Cawangan Sungai Abong.

Gotong-royong melapah, membahagi dan kemudian mengagihkannya kepada fakir miskin telah dijayakan oleh 80 tenaga termasuk pimpinan PAS Bakri, Dewan Pemuda dan Muslimat, guru-guru dan ibu bapa pelajar, serta masyarakat setempat.

Terdahulu, Urusan Ulamak PAS Bakri telah mengadakan majlis Iftar Jamaie sempena puasa Hari Wukuf bersama warga setempat, juga diadakan di PASTI yang sama pada 9 Ogos kelmarin dahulu.

Ketua Urusan Ulamak PAS Bakri, Ustaz Zarul Salleh berkata, walaupun tidak berada di Arafah, namun menjalani ibadah tersebut menjadi tanda kesyukuran hamba kepada Allah S.W.T yang menjadi tujuan majlis itu.

Program tersebut diisi dengan bacaan Yaasiin, berbuka puasa, solat Maghrib berjamaah, diikuti dengan bacaan doa Arafah, seterusnya jamuan unik secara ‘potluck’ dan diakhiri dengan solat Isyak berjamaah.

Timbalan Yang DiPertua PAS Bakri, Ustaz Muhammad Asri Abdul Rahman turut hadir menjayakan majlis sederhana namun penuh bermakna dan dihadiri sekitar 25 ahli dan penduduk. – HARAKAHDAILY 12/8/2019

IMG 20190812 WA0008

IMG 20190812 WA0006

- Advertisement -