Dr Ahmad Yunus tinjau kesan ribut Sabak Bernam

- Advertisement -

SABAK BERNAM: PAS Negeri Selangor mengambil perhatian terhadap kejadian ribut kuat yang membadai hingga menyebabkan kerosakan struktur premis dan kediaman penduduk di sekitar daerah ini, kelmarin.

- Advertisement -

Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ustaz Noor Najhan Muhammad Salleh telah turun meninjau ke beberapa lokasi yang ditimpa bencana tersebut, petang semalam.

Antara dilawati adalah Bagan Nakhoda Omar, Kampung Pancang Bedena, Kampung Sungai Apong, Kampung Parit dan Kampung Sungai Lias Baroh dengan disertai sama pimpinan PAS Kawasan Sabak Bernam.

Antara mereka ialah Timbalan Yang DiPertua, Zamri Yahya dan Ketua Muslimat, Ustazah Rahmah Akib serta Pengerusi Khidmat Malaysia, Ustaz Jamsari Marsom, selain dari beberapa entiti PAS yang lain.

Dr Yunus turut menyerahkan sumbangan kepada wakil Jabatan Amal Malaysia Selangor untuk meneruskan kerja-kerja bantuan di bawah koordinasi Khidmat Malaysia menangani kesan ribut di sini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Sabak Bernam, Ustaz Waafi Badruldin, menyeru muhasabah dengan melihat musibah tersebut dengan peringatan ayat 156 surah al-Baqarah supaya kembali kepada Allah.

“Rentetan penganjuran tersebut, penganjuran Ekspo Bazaria Aidil Adha di Pekan Sabak yang berakhir malam kelmarin wajar dilihat kembali pelaksanaannya.

“Beberapa aktiviti yang dilihat keterlakuan seperti hiburan terbuka adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali dan patut dielakkan,” nasihat beliau. – HARAKAHDAILY 12/8/2019

- Advertisement -