PAS Kepala Batas dan ISMA SPU adakan pertemuan

- Advertisement -
KEPALA BATAS: PAS Kawasan Kepala Batas dam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara telah mengadakan pertemuan mahabah di Pejabat Adun Penaga, Penaga, di sini.
 
Sesi ini diketuai oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kepala Batas, Sobhi Omar dan Yang Di Pertua ISMA Seberang Perai Utara, Ustaz Abdul Rahim Sudin pada perjumpaan yang berlangsung semalam.
 
Pertemuan yang bertujuan menguatkan lagi hubungan di antara PAS dan ISMA khususnya kawasan Utara Pulau Pinang telah disertai sama dengan kehadiran Adun PAS Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.
 
Kedua-dua pihak juga saling memperkenalkan saf pimpinan organisasi, selain rancak melontarkan pelbagai isu terutama perkara pokok melibatkan perbincangan mengenai kepentingan Islam dan ummah.
 
Soal politik turut menjadi topik kedua pihak yang disatukan dengan perakuan perlunya penekanan melaksanakan tanggungjawab mengundi sebagai pemilih sah bagi menunaikan amanah kepimpinan.
 
Antara pimpinan-pimpinan PAS Kepala Batas yang hadir sama adalah Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Azzam Abdullah dan Ketua Muslimat, Ustazah Hasanah Idrus. – HARAKAHDAILY 9/8/2019
IMG 20190809 WA0007
- Advertisement -