Siapa di sebalik NGO yang desak Tun M tetap tarikh?

- Advertisement -
HEBOH hari ini dengan desakan tiga NGO, iaitu Bersih 2.0, GBM dan ABIM, supaya “Tun Dr Mahathir menetapkan satu tarikh antara setahun dari sekarang sehingga paling lewatnya 9 Mei 2021 untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim”.
 
Yang menjadi jurucakap kepada tiga NGO ini ialah Thomas Fann yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Bersih 2.0 pada 30 Oktober 2018. Bagaimanapun, yang kelihatan tersengih di belakang dan turut serta dalam sesi bergambar adalah perunding dari dahulu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat.
 
Antara yang menarik mengenai Dr Wong Chin Huat ini adalah bila beliau melanggar embargo ke atas Laporan Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya pada 27 Mac 2018, pada hari yang sama itu juga Lim Kit Siang mengumumkan DAP melantik empat peguam dari parti itu, iaitu Ramkarpal Singh, Teo Nie Ching, Lim Lip Eng dan Thomas Su, yang dibantu pula oleh dua peguam lain, iaitu Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran, untuk membela beliau.
 
Mewakili GBM pula adalah Pengerusinya, Zaid Kamaruddin, yang mewakili IKRAM. GBM ini pula sebenarnya adalah terdiri daripada 28 NGO, termasuk IKRAM.
 
Selain Zaid Kamaruddin selaku Pengerusinya, Jawatankuasa GBM adalah terdiri daripada:
1.  Tan Yew Sing (Merdeka University Berhad): Timbalan Pengerusi.
2. Seah Hong Yee (ENGAGE): Setiausaha.
3. Stanley Yong Yew Wei (KLSCAH): Penolong Setiausaha.
4. Raghavan Annamalai (Yayasan Tamil): Bendahari. 
5. Sevan Doraisamy (SUARAM): Ahli EXCO.
6. Leong Yik Loong (Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan): Ahli EXCO.
7. Wong Piang Yow (Tindak Malaysia): Ahli EXCO.
8. Prematilaka KD Serisena (MCCBCHST): Ahli EXCO.
9. Christopher Chong Eu Choong (Aliran): Ahli EXCO.
10. Yow Lee Fung (Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG): Ahli EXCO.
 
Mewakili ABIM pula adalah Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz.
 
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/8/2019
- Advertisement -