PM dilantik bagi tempoh sepenggal

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS mempersoalkan tindak tanduk pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat begitu ghairah mengenai peralihan kuasa.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul ketika usaha memulihkan ekonomi dan menstabilkan negara sedang dilaksanakan.

Katanya, pelantikan Perdana Menteri dibuat selepas habis penggal pemerintahan selama lima tahun.

“Kecuali berlaku pembubaran parlimen atau undi tidak percaya. Jadi dalam keadaan sekarang tiada apa-apa sebab untuk Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan.

“Isu ini tidak sepatutnya diperbesar-besarkan. Lagipun pemimpin PH setuju selepas dua tahun akan berlaku peralihan kuasa, sekarang setahun lebih tidak nampak masalah kecuali isu dalaman,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri ‘Executive Talk With Dr Zakir Naik’ di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Baru-baru ini tiga NGO iaitu Bersih 2.0, GBM dan Abim mendesak supaya Dr Mahathir menetapkan tarikh paling lewatnya 9 Mei 2021 untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 8/8/2019

- Advertisement -