PAS, Umno tidak mahu ‘Langkah Kajang’ berulang

- Advertisement -

SHAH ALAM: Gabungan PAS dan Umno menyokong penuh Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari kekal sehingga tamat tempoh yang diberikan.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi menegaskan PAS dan Umno tidak mahu ‘Langkah Kajang’ berlaku lagi.

“Istana pun tak minat dengan isu ini. Apa yang penting kerajaan negeri kena jaga kepentingan rakyat,” tegasnya pada sidang media selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Perpaduan Ummah PAS Umno di bangunan Umno Selangor, di sini petang ini.

Beliau berkata, PAS dan Umno mengambil pendirian bersama apa yang berlaku hari ini iaitu kekecohan antara gabungan PH seolah-olah menyerap di Selangor.

“Kita khuatir dan pendirian kita di Selangor tidak mahu jadi isu besar iaitu ‘Langkah Kajang’ berulang di Selangor.

“Hentikan kekecohan dan pergolakan antara mereka. ‘Langkah Kajang’ tidak akan berlaku lagi di Selangor. Kalau ada pun seperti langkah kajang ia membazirkan duit rakyat,” tegasnya.

Beliau yang juga ADN Sijangkang kesal ketika sidang Dewan Negeri pada 29 hingga 31 Julai usul pemerkasaan institusi agama Islam tidak boleh dibawa ke persidangan itu.

Sedangkan, tegas beliau sidang dewan ada kekuatan dengan 50 kerusi PH daripada 56 kerusi tetapi tidak mampu hendak membawa enakmen perundangan Islam.

Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri telah gagal, tegasnya. – HARAKAHDAILY 8/8/2019

- Advertisement -