Ganti Dr Mahathir selepas PRU15

Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin
- Advertisement -

KANGAR: Biarlah rakyat menilai dan menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohammad pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

- Advertisement -

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, menukar pemimpin di tengah jalan dianggap tidak sesuai kerana ia boleh mengundang suasana tidak tenteram.

“Biarlah Dr Mahathir diberi ruang memimpin negara sebagai sehingga habis penggal memandangkan tiada pengganti yang lebih sesuai ketika ini,” katanya di sini.

Lagipun, menurutnya PAS sudah lama mengenali siapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Malah katanya beliau sendiri juga sudah lama mengenali Anwar sejak bersama dalam Abim.

“Ramai pemimpin PAS mempunyai pengalaman dalam menjalin persahabatan dengan Anwar,” ujarnya.
 
Kebelakangan ini tiga NGO iaitu Bersih 2.0, GBM dan Abim mendesak supaya Dr Mahathir menetapkan tarikh paling lewatnya 9 Mei 2021 untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 8/8/2019

- Advertisement -