Exco Kelantan sudah lama isytihar harta

- Advertisement -

KOTA BHARU: Saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Adun mengisytiharkan harta sebenarnya sudah lama dipraktik di Kelantan.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan sudah lama mempraktikkan amalan berkenaan di peringkat Exco kerajaan negeri.

“Di peringkat kerajaan negeri kita sudah praktik sejak dahulu lagi. Kita dah biasakan anggota Majlis Mesyuarat Negeri mengisytiharkan harta masing-masing,” katanya di sini, kelmarin.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dilapor berkata, semua Adun mengisytiharkan harta masing-masing kerana negeri-negeri berisiko menjadi lubuk rasuah.

Oleh itu Ustaz Ahmad berkata, beliau begitu positif terhadap cadangan SPRM tersebut. – HARAKAHDAILY 8/8/2019

- Advertisement -