Nama Tok Guru Nik Aziz popular di Medan

- Advertisement -

MEDAN: Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja menjadi sebutan di Malaysia, malah begitu dikenali di Medan, Indonesia.

- Advertisement -

Pengarah Pesantren Tarbiyyah Islamiah Ar Raudhatul Hasanah, Ustaz Charles Ginting berkata, Kelantan begitu berbeza dengan negeri lain di Malaysia.

Katanya, perbezaan itu menyebabkan negeri terbabit begitu dikenali termasuk di Indonesia.

“Apa yang kami amati almarhum Tok Guru taat pada perintah agama, seorang yang warak.

“Hari ini kami bersyukur kerana pesantren kami menerima kunjungan isteri almarhum Datin Bentara Setia Tuan Sabariah Tuan Ishak,” ujarnya ketika menerima rombongan Lajnah Penerangan Muslimat PAS Negeri Kelantan ketika melawat Medan, baru-baru ini.

Delegasi itu diketuai Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kelantan, Nor Hashimah Deraman.

Turut serta pada program jaulah itu anggota Exco Mumtaz Md Nawi, Senator Asmak Husin dan ahli jawatankuasa lajnah terbabit. – HARAKAHDAILY 7/8/2019

- Advertisement -