HALWA Dun Damak prihatin nasib warga emas

- Advertisement -

JERANTUT: Unit Hal Ehwal Wanita (HALWA) Dun Damak telah menziarahi warga emas, Rafiah Asha’ari, 83, yang disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan sedang dirawat di Hospital Jerantut, di sini.

- Advertisement -

Rafiah yang tinggal bersama anak tunggalnya, Abdul Hamid Darham, 56, dikejarkan ke hospital minggu lalu menerima kunjungan oleh Ketua HALWA Dun Damak, Juraidah Othman bersama ahli jawatankuasanya, kelmarin.

Juraidah turut menyampaikan sumbangan untuk Rafiah bagi meringankan beban keluarga ini di mana Abdul Hamid pula masih baharu pulih dari kecederaan patah kedua kaki akibat kemalangan jalan raya dialaminya.

Tambahan pula ibunya itu memerlukan susu formula khas sebagai pemakanan yang diberikan melalui bantuan tiub, selain keadaan tidak stabil Rafiah memerlukan pemantauan sentiasa dari pihak hospital.

Pihak HALWA dimaklumkan kos bagi susu formula khas untuk ibunya itu dan juga lampin pakai buang yang digunakan mencecah perbelanjaan RM100 seminggu.

“Saya berharap ada pihak dan individu yang dapat bersama-sama menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. Kami telah melihat sendiri kesukaran mereka dengan keadaan rumah sewa kayu yang didiami juga amat daif dan kekurangan keperluan dapur,” ujar Juraidah.

Orang ramai yang simpati dan mahu beramal jariah membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 5562 0811 7197 Tabung Kebajikan Dun Demak atau hubungi 016-923 9402 (Syarifah). – HARAKAHDAILY 7/8/2019

IMG 20190807 WA0059

- Advertisement -