APSA Pahang mahu terus mengorak langkah maju

- Advertisement -

KUANTAN: Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) Cawangan Negeri Pahang telah membuka dua cawangannya di Kuantan dan Temerloh bagi pengambilan kemasukan kedua melibatkan 50 pelajar bermula Ogos ini.

- Advertisement -

“Pada mulanya pengambilan pelajar batch kedua ini akan beroperasi di Kuantan sahaja memandangkan kami telah mendapat sebuah rumah banglo yang diwakafkan di sini.

“Namun sambutan yang menggalakkan dari Muslimat, kami terpaksa buka satu lagi di Temerloh untuk pelajar Zon Tengah dan Barat, manakala Zon Timur dikhususkan di Kuantan,” kata Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor yang juga Penaung APSA Pahang.

Kini, rumah yang diwakafkan sebagai premis operasi dan pengajian APSA itu sedang dalam proses penambahbaikan untuk keselesaan buat 30 pelajar yang akan memulakan sesi pada hujung Ogos ini.

Sehubungan itu, Pengarah APSA Pahang, Ustazah Norzilah Hussain menyeru agar semua pihak mendukung usaha menerusi tarbiyah dan pendidikan ini di mana pembaikan tersebut memerlukan RM20,000.

Sumbangan ke akaun APSA Pahang boleh dibuat menerusi Bank Islam 06064010020899 atas nama Sahabat Aishah Services dan sebarang pertanyaan hubungi 011-1078 5008 (Ustazah Norzilah) atau 013-296 5723 (Nuur Afifah).

APSA Pahang sebelum ini beroperasi di Kompleks Tahfiz Al-Quran Al-Qardhawi (KOMTAQ) di Kerdau untuk pelajar kemasukan pertama yang kini telah tamat pengajian mereka selama tiga tahun. – HARAKAHDAILY 7/8/2019

IMG 20190807 WA0009

IMG 20190807 WA0015

IMG 20190807 WA0016

IMG 20190807 WA0017

- Advertisement -