Lajnah Penerangan dan Media Baru siap dibentuk

- Advertisement -
20190807 074104
 
 
LAJNAH Penerangan dan Media Baru telah diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 3 Ogos 2019 yang lalu.
 
Mesyuarat Kali Pertama Lajnah juga turut diadakan pada hari yang sama, dengan kehadiran semua wakil Penerangan Negeri dan Wilayah Persekutuan serta hampir seratus peratus Ketua Penerangan, yang dengan jelas, menandakan komitmen jitu mereka terhadap Lajnah ini.
 
Beberapa keputusan telah diambil termasuk mengadakan ‘Retreat’ Lajnah dalam bulan Ogos ini juga.
 
Selepas ‘Retreat’, Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Pusat akan mengumumkan secara rasmi, beberapa langkah untuk memperkasakan gerak kerja penerangan di seluruh Negara.
 
Sehubungan dengan itu, pihak Lajnah membuka tawaran kepada pihak yang ingin membantu dalam bentuk infrastruktur, dana, tenaga sukarela dan lain-lain, bolehlah menghubungi Puan Hjh Kartini, 0196732037 atau Saudara Faizzudin, 0142374002.
 
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 7/8/2019
- Advertisement -