Jom makan durian bersama anak Perak di KUIZM

- Advertisement -
GOMBAK: Anak Perak Perantau akan menganjurkan program Jom Makan Durian yang akan diadakan di Dataran KUIZM, Taman Melewar, di sini Ahad, 4 Ogos jam 3 hingga 5 petang.
 
Sehubungan itu, Pengerusi Anak Perak Perantau, Drs Khalil Idham Lim mengajak para peminat durian di Lembah Kelang untuk bersama hadir memeriahkan pertemuan tersebut.
 
“Setiap orang cuma diminta menderma sekurang-kurangnya RM20 sahaja dan mereka boleh menikmati rasa keenakan durian yang didatangkan khas dari Bukit Gantang, Perak.
 
“Derma dari pengunjung diharapkan dapat membantu menampung kos program dan selebihnya akan membantu Tabung Persatuan dalam menjayakan aktiviti,” ujarnya memaklumkan sebanyaj setengah tan durian disediakan.
 
Turut akan bersama pada majlis ini esok adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Perak dan PAS Wilayah Persekutuan iaitu Razman Zakaria dan Ustaz Azhar Yahya, selain Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki.
 
Turut akan diadakan adalah persembahan hiburan buskers serta kaunter pendaftaran khusus untuk anak perantau Perak yang hadir dan pertanyaan hubungi 019-475 9697. – HARAKAHDAILY 3/8/2019
- Advertisement -