KDN sudah jawab, Zakir Naik tidak perlu keluar

- Advertisement -

DAP tidak perlu menekan dan mendesak pendakwah bebas Dr Zakir Naik untuk keluar dari Malaysia. Tindakan seorang Ahli Jawatankuasa DAP, YB Lim Kit Siang yang mahu Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia secara sukarela tidak selari dengan jaminan yang telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini. Oleh itu, apa motif sebenar Lim Kit Siang?
 
titmSaya pernah bertanya kepada YB Menteri Dalam Negeri mengenai isu ekstradisi Dr Zakir Naik pada bulan Julai lalu. Menerusi satu jawapan yang dikemukakan oleh YB Menteri Dalam Negeri, Dr Zakir Naik masuk dan keluar dari Malaysia melalui saluran sah yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. Kerajaan juga tidak memberikan apa-apa layanan istimewa kepada beliau.

- Advertisement -

Selain itu, pihak kerajaan juga berhak untuk tidak memenuhi permintaan ekstradisi Kerajaan India kerana ia bersifat politik dan menepati Artikel 6 Perenggan (1) (a) Triti Ekstradisi. Malah, kerajaan juga berhak untuk tidak menyatakan keperluan sebab penolakan ekstradisi demi keadilan orang yang dikehendaki tersebut. Hal ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah tepat.

Dakwaan-dakwaan buruk ke atas Dr Zakir Naik masih belum dibuktikan benar. Tidak ada nama Dr Zakir Naik dalam senarai ‘red notice interpol’ dan senarai pengganas United Nation Security Council Resolutions. PAS berdiri teguh dengan pendirian kerajaan dan YAB PM dan menyokong penerusan usaha-usaha dakwah Dr Zakir Naik di negara ini.  

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
1 Zulhijjah 1440 / 2 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 2/8/2019

- Advertisement -