DAP bantah usaha perkasa tulisan jawi

- Advertisement -

KANGAR: Usaha untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi sebagai tulisan khat dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia ditentang DAP dan NGO pendidikan kaum Cina.

- Advertisement -

Paling vokal menentang usaha itu 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 anggota Adun, di mana mereka menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan berkenaan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan tulisan rumi dan tiada halangan untuk menggunakan tulisan jawi.

Katanya, apabila ada pihak membantah rancangan tersebut, ia menggambarkan mereka cuba membelakangkan usaha memperkasakan tulisan jawi.

“Sepatutnya sebagai anggota kerajaan mereka perlu menyokong keputusan yang dibuat kabinet,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan ulangtahun ke-80 Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching baru-baru ini memberitahu pengenalan tulisan khat untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

Menurut tulisan itu akan diperkenalkan tahun depan memandangkan dasar berkenaan diputuskan pada 2016. – HARAKAHDAILY 1/8/2019

- Advertisement -