Yakin mampu terajui Selangor hasil pengalaman

- Advertisement -

BANGI: PAS Kawasan Bangi bersedia untuk memenangi semula kerusi ditandinginya, bahkan yakin mampu menerajui Selangor dan pemerintahan negara pada PRU15 akan datang.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah berkata demikian pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS di Bandar Tun Hussein Onn, di sini semalam.

Beliau juga Yang DiPertua PAS Bangi menyeru lebih 4,000 ahli PAS dari lebih 50 PAS Cawangan yang aktif dalam Kawasan ini supaya bersungguh-sungguh melaksanakan tujuh arahan diamanahkan Presiden.

“Sebagai ahli gerakan Islam, kita perlu sentiasa berusaha meninggikan kebergantungan kepada Allah, meningkatkan ilmu dan tarbiyah serta merapatkan ukhuwah antara sahabat seperjuangan.

“Tidak kurang penting juga kita meningkatkan ‘engagement’ dengan masyarakat seperti anak muda, NGO dan lain-lain segmen termasuk bukan Islam kerana setiap ahli adalah agen parti.

“Kita memerlukan komitmen dan pengorbanan tinggi dari akar umbi dalam menghadapi cabaran persaingan demografi 50-50 di Bangi ini. Kita perlu pertahankan, malah tambahbaik perpaduan dalam masyarakat majmuk,” ujarnya.

Optimistik kemampuan itu diimbasnya kembali dengan pengalaman 10 tahun PAS dalam Dun Selangor mentadbir negeri untuk terus menyantuni masyarakat biarpun kini diposisi berbeza.

Program dihadiri hampir 300 ahli PAS Bangi itu bertujuan menerangkan hala tuju PAS dalam menghadapi PRU15 dan memperkemaskan pemahaman dari gagasan ucapan dasar tersebut.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, manakala pembentangan disampaikan Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman. – HARAKAHDAILY 31/7/2019

- Advertisement -