Umat diseru sinari ukhuwah buat saudara baru

- Advertisement -
RAUB: Empat remaja Orang Asli saudara baru kini menjalani kehidupan dałam sinar agama Islam di penempatan sementara dalam sebuah bilik di Pejabat PERKIM, di sini sejak minggu lalu.
 
Terdahulu, dua daripada mereka telah kembali kepada fitrah Islam, sementara dua orang lagi melafaz syahadah pada 17 Julai di Pejabat Agama Islam Daerah Raub.
 
Dua daripada mereka telah dibantu memasuki Tingkatan 6 Sekolah Menengah Mahmud Raub, sementara dua lagi telah diikhtiarkan memasuki Giat MARA Raub. 
 
Setakat ini segala perbelanjaan, makan minum dan keperluan harian  mereka hanya mengharapkan kutipan daripada Masjid Tengku Abu Bakar Raub (MTAB) dan sumbangan kewangan secara peribadi.
 
Inisiatif itu diuruskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Saudara Baru yang ditubuhkan secara ‘ad-hoc’ bagi menguruskan hal ehwal kebajikan dan keperluan mereka buat sementara waktu. 
 
Antara telah memberi sumbangan peribadi ini terdiri daripada bekas guru yang telah mengajar salah seorang daripada mereka iaitu Adnan Ahmad dan juga seorang Guru Al Quran dan Ahli Jawatankuasa Muslimat Raub, Zainab Suboh.
 
Selain itu, turut serta membantu adalah tenaga pengajar di Sekolah Menengah Mahmud Raub, Ustaz Redwan Mohd Soh dan Pengerusi MTAB, Ghazali Ismail.
 
Orang ramai diseru memberi sokongan serta bantuan kewangan bagi membantu keperluan saudara baru ini yang boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 06046020023415 atas nama Jariah Ismail.
 
Siła hantar bank slip jika anda telah memberi sumbangan untuk tujuan rekod ke nombor telefon 012-255 2895 (Jariah) serta sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui beliau. – HARAKAHDAILY 1/8/2019
- Advertisement -