Surat terbuka buat JKR Hulu Langat dan YDP MPKj

- Advertisement -
ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera kepada Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat Dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
 
Sejak akhir-akhir ini,kemalangan yang melibatkan lori pasir semakin kerap berlaku di persimpangan lampu isyarat Pekan Batu 14 Hulu Langat.
 
Pada 2 minggu lepas sebuah lori dari arah bukit Ampang merempuh bangunan kedai berhadapan lampu isyarat, musnah kedai tersebut. Malam tadi (29 Julai 2019 jam 9.00 malam) lori jenis yang sama dari arah yang sama merempuh deretan kedai yg sama. Hancur lunyai kedai tersebut selain kerosakan lampu isyarat serta kalini melibatkan sepasang suami isteri bermotor. 
 
Saya dimaklumkan mereka parah (suami patah kaki, isteri patah tulang rusuk). Syukurlah belum ada yang maut lagi. Saya sangat khuatir satu hari nanti jika dibiarkan lori merempuh bas sekolah, kereta dan lain-lain yang melibatkan kematian bersekala besar.
 
Cadangan saya :
1. Dari SK TAAM (Sek Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid) dibuat bonggol. Saya pernah membuat cadangan dulu (semasa menjawat Penyelaras DUN Dusun Tua dan Ahli Majlis MPKj) dalam mesyuarat kepada pihak berwajib namun sehingga kini masih tiada tindakan.
 
2. Bina beberapa  bonggol sebelum sampai ke persimpangan lampu isyarat itu.
 
3. Bina halangan pada bahu jalan depan kedai tersebut.
 
4. Roboh semua kedai-kedai depan persimpangan lampu isyarat dan pindahkan peniaga ke lokasi yang lebih sesuai dan selamat.
 
5. Kenalpasti tanah-tanah lapang pada bahu jalan untuk dibinakan pusat perniagaan. disimpang Kampung Baru (C) Batu 14 ada tanah kosong berstatus rizab kerajaan. Manfaatkan sebelum ada individu yg menceroboh dan memonopoli.
 
Pihak MPKj dan JKR Daerah Hulu Langat, mohon turun padang buat kaji selidik dan bertindaklah segera sebelum kejadian sama berulang atau ianya menjadi lebih ngeri dengan melibatkan kehilangan nyawa di kawasan tersebut.
 
Akhir sekli saya nak maklum, kehadiran lori-lori ‘Gajah’ tersangat banyak dan menyesakkan Jalan Langat yang sempit serta membahayakan pnguna jalanraya khususnya motorsikal. Kewujudan kilang-kilang simen dan kuari inilah mengundang ribuan lori seawal jam 5 pagi hingga ke Tengah malam. Mereka bebas bergerak dan ini sangat-sangat menganggu dan menggusarkan ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah. 
 
Seandainya lori-lori gajah ini tiada maka jalan Hulu Langat sangat harmoni. Harus diingat kemalangan maut yang melibatkan lori gajah semakin bertambah setiap tahun. Statistik ini  Boleh dirujuk pada IPD Kajang Bahagian Trafik. Saya menggesa pihak berwajib pantaulah jadual operasi lori-lori tersebut.
 
Kepada Adun Dusun Tua dan Ahli Parlimen Hulu Langat serta Ahli Majlis PH, gunalah kuasa Pusat jika perlu demi kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalan raya Hulu Langat.
 
MOHAMAD JAN SULONG
Mantan Penyelaras DUN Dusun Tua N.23
Mantan Ahli Majlis MPKj – HARAKAHDAILY 31/7/2019
- Advertisement -