Qudwah kunci penting pemimpin diikuti ahlinya

- Advertisement -

BANGI: Kemampuan ahli PAS melaksanakan konsep Islam Memimpin Perpaduan hanya dapat dicapai dengan memenuhi kewajiban memahami Islam sebenar yang merupakan produk PAS.

- Advertisement -

Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman berkata, gagasan tersebut digariskan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Pahang, 22 Jun lalu.

First assignment adalah kita kena faham produk kita ini. Kalau kita gagal faham Islam yang syumul, bagaimana kita ingin berkongsi keindahan Islam (ke arah perpaduan)?,” ujarnya menjentik minda.

Perkara tersebut dikemukakannya dalam Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat PAS Kawasan Bangi yang diadakan di Dewan Seri Kasih, Bandar Tun Hussein Onn, di sini semalam.

Beliai membentangkan tiga asas utama dalam memahami konsep Islam memimpin yang digagaskan itu sebagai kerangka asas mesti difahami seluruh ahli PAS.

Ialah katanya, pertama; bersumber al-Quran dan Sunnah, manakala kedua; PAS dipandu kepimpinan ulamak yang berpegang pada nas dan syura, sementara ketiga; adalah Islam memimpin berasaskan model kepimpinan qudwah.

“Antara ciri kepimpinan Tuan Guru kita, adalah sangat mengutamakan mesyuarat. Satu kualiti ada pada beliau, semua perkara perlu dibawa berbincang. Nak tahaluf, nak ta’awun, nak bertanding, nak berhimpun, hatta sekecil perkara, semua dibincangkan.

“Kita perlu menjadi contoh. Biar orang nampak bagus orang PAS ni, sembahyang tak tinggal, anak-anak juruh belako (baik semua). Bila tanya pada saya bagaimana Tuan Guru memastikan arahan dipatuhi? Kuncinya adalah qudwah.

“Contoh bagi saya, punya payah orang nak bagi kerusi bertanding, (tapi) Tuan Guru dengan besar hati melepaskan kerusi Dun beliau. Ini menunjukkan pengorbanan besar. Sebab itulah apa yang Tuan Guru cakap orang boleh ikut,” terangnya.

Syahir menyeru agar semua ahli PAS menunjukkan qudwah yang baik terutama pimpinan di peringkat Kawasan dan Cawangan agar ianya akan diikuti ahli-ahli dan pihak lain. – HARAKAHDAILY 31/7/2019

- Advertisement -