Jabatan IT Muslimat Johor siapkan manual operasi

- Advertisement -
SIMPANG RENGGAM: Jabatan IT Muslimat PAS Negeri Johor telah menyiapkan pelan rancangan pembangunan parti menerusi operasi manual bersepadu yang dihasilkan.
 
Pengarah Jabatan IT Muslimat PAS Johor, Norhidayah Mohamad berkata, manual itu bagi memudahkan Muslimat di setiap kawasan bergerak kerja mengikut garis panduan ditetapkan.
 
“Kita telah membuat pemurnian jawatan dan tugas yang perlu di bawah Jabatan IT mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan IT Muslimat PAS Pusat.
 
“Setelah meneliti keperluan di setiap Kawasan, kita hanya memfokuskan kepada media, fotografi, grafik dan teknikal,”ujarnya di Markas PAS Simpang Renggam, di sini semalam.
 
Turut hadir, Ketua IT Muslimat dari setiap PAS Kawasan seluruh negeri ini ke perjumpaan tersebut bagi mendengar dan memahami penerangan dari wakil Muslimat PAS Johor.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Norhidayah juga memberitahu, pihaknya bercadang mengadakan beberapa siri bengkel melibatkan asas grafik dan fotografi pada hujung tahun ini. – HARAKAHDAILY 31/7/2019
 
Jelas beliau, program itu bagi memberi pendedahan khususnya berkenaan cara mengambil gambar dan pembikinan poster yang betul mengikut ketetapan standard parti.
- Advertisement -