Hanya Tun M mampu kawal kerajaan PH

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal ke-14.

- Advertisement -

nik amarNaib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, parti itu menyokong kerana  hanya Dr Mahathir yang mampu mengawal pentadbiran kerajaan baharu PH sekarang.

Katanya, kegagalan mengawal pentadbiran akan memberi kesan kepada kestabilan negara sama ada aspek politik atau ekonomi.

“PAS melihat beberapa aspek dan gabungan PH yang longgar, jadi mereka kena ada ketua yang kuat. Kita nampak ketua yang ada sekarang dianggap kuat.

“Dengan pengalamannya, sikapnya, kita semua pun tahu beliau orang yang macam mana, bukan kita (PAS) sokong atas dirinya semata-mata,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum ini,  Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan PAS dan Umno akan bekerjasama untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh satu mandat penggal PRU14.

Malah Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberi dukungan penuh terhadap kepimpinan perdana menteri sekarang. – HARAKAHDAILY 31/7/2019

- Advertisement -