Santai PAS Bayan Baru ‘hangat’ oleh isu semasa

- Advertisement -
BAYAN BARU: PAS Kawasan Bayan Baru telah menganjurkan Sembang Santai bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad di Markaz Sungai Tiram, di sini kelmarin. 
 
Program ini diadakan untuk membincangkan isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di peringkat negeri dan nasional sambil para hadirin menikmati juadah disediakan dan minum teh tarik. 
 
Selain Kamaruzaman, panel juga terdiri dari Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dan dikendalikan oleh Ketua Penerangan PAS Bayan Baru, Ruzbihan Bakhtiar.
 
Dalam Sembang Santai ini Ustaz Fauzi mengulas mengenai isu Penang Transport Master Plan (PTMP) yang merangkumi isu tiga pulau buatan, Tanah Masjid Jamek Sungai Nibong Besar (MJSNB) dan Pan Island Link (PIL).
 
Projek-projek diperkatakan ini secara luaran menampakkan Pulau Pinang sebagai negeri yang maju dan kehadapan tetapi apabila digali lebih dalam, projek ini akan memberi impak negatif.
 
Antaranya ulas Ustaz Fauzi, adalah kesan besar bukan sahaja pada rakyat Pulau Pinang, hatta kepada kepada nelayan-nelayan yang berada di Ttara negeri Perak.
 
Sembang santai ini juga hangat dengan perbincangan isu nasional yang diulas Kamaruzaman menyentuh antaranya isu ‘ICERD’ dan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di mana banyak diganggu gugat oleh Kerajaan Persekutuan ditunjangi DAP.
 
Katanya, sebagaimana termaklum, perjuangan DAP lebih kepada Malaysia Malaysian yang hendak memberi hak kesamarataan kepada semua kaum. 
 
Perkara ini secara langsung telah menafikan pengorbanan Sultan dan pejuang Melayu terdahulu yang memberi ruang kerakyatan kepada bangsa lain di Tanah Melayu ini. 
 
Beliau juga menyeru kepada semua ahli PAS agar sentiasa menyebarkan fakta-fakta mengenai isu semasa ini bukan sahaja pada kalangan ahli PAS, hatta juga kepada semua rakyat Malaysia. – HARAKAHDAILY 29/7/2019
IMG 20190729 WA0028
- Advertisement -