‘Street Dakwah’ Anak Muda sempena Final Piala FA

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mengadakan aktiviti pada pentas akhir Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini kelmarin.
 
Pada sebelah petang, telah diadakan ‘Street Dakwah’, solat Asar berjemaah, takzirah santai serta sesi bergambar dengan kain rentang “Cinta Rasul, Tolak Penghina Nabi” bersama para penyokong dari kedua-dua pasukan.
 
‘Street Dakwah’ yang berlangsung itu menekankan berkenaan pentingnya solat sebagai ibadah utama walaupun ketika mana berada dan dalam sebarang keadaan.
 
Selain itu, program ini juga memimpin dan menunjukkan tatacara berwuduk hanya dengan mengguna air mutlak semburan atau sebotol air mineral sahaja pada anggota badan yang wajib cukup sekadar untuk memastikan wuduk itu sah.  
 
Pada sebelah malamnya pula, solat Maghrib berjemaah di hadapan pintu masuk stadium telah diimamkan oleh Pengarah DACS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri sebelum delegasi Pemuda PAS Malaysia, Perak dan Kedah memasuki stadium bagi menonton pertarungan akhir.
 
Turut hadir memeriahkan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Haji Khairil Nizam Khirudin bersama saf Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.
 
Pada pentas akhir Piala FA kali ini, Kedah mengalahkan Perak dengan keputusan sengit 1-0 setelah memperolehi jaringan pada minit ke-105 oleh Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam sekali gus bergelar sebagai juara Piala FA. – HARAKAHDAILY 29/7/2019
IMG 20190729 WA0014
 
IMG 20190729 WA0012
 
IMG 20190729 WA0010
- Advertisement -