Ameerah Beruas ajak pengundi lebih bijak

- Advertisement -
LUMUT: Ketua Ameerah Muslimat PAS Kawasan Beruas, Nazirah Abdul Nasir berkata, bakal pengundi muda perlu berfikiran terbuka untuk memperhalusi setiap dasar politik di Malaysia.  
 
Seru beliau, penelitian dasar politik ini perlu diketahui oleh pakal pengundi muda agar mereka kenal dan lebih jelas memahami setiap perkara diperjuangkan parti politik.
 
Tambah beliau, pengundi muda seharusnya mengambil iktibar terhadap PRU lepas di mana kerana kerakusan jiwa muda mereka telah ditipu dengan menifesto yang dicipta kerajaan hari ini.
 
Beliau ditemui sebagai tetamu dalam Majlis Perasmian Umno Beruas di Marina Cove Resort, Teluk Batik, di sini semalam.
 
Nazirah juga mengajak semua pengundi muda mengkaji sebab Kelantan dikatakan oleh media negeri termiskin boleh mengekalkan tampuk pemerintahan kepada PAS.
 
Ujarnya lagi, pengundi muda perlu bijak di era Malaysia baru agar tidak mudah seratus peratus mempercayai maklumat di dalam media sosial, terutamanya berita fitnah yang tidak diketahui kesahihannya.
 
“Ingin saya nasihati kepada pengundi muda jangan sesekali memainkan isu politik kotor untuk menjatuhkan pihak lawan. Kami barisan anak muda dalam PAS mengalu-alukan bakal pengundi muda mengenali PAS lebih dalam lagi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/7/2019
- Advertisement -