Baik PAN guna logo DAP sahaja – Presiden PAS

- Advertisement -
MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan bahawa realitinya parti PAN hanya menang di kawasan kuat DAP.
 
Secara sinis Tuan Guru Abdul Hadi berkata, dengan keadaan itu, lebih baik PAN menggunakan logo DAP untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita di kediamannya, selepas menyampaikan Kuliah Dhuha Pagi Jumaat di Masjid Rusila, di sini semalam.
 
“Apa yang saya nyatakan berdasarkan realiti yang berlaku kerana PAN menang dalam kawasan DAP kuat, DAP bantu dia dan bukan dengan undi Melayu.
 
“Sebab itu di Kelantan, Terengganu, Kedah dia (PAN) meleset, kosong (kerusi). Hampir di Kelantan, Terengganu, kosong. 
 
“Kalau dia (PAN) kuat Islam sungguh, kawasan kuat Islam Terengganu, Kelantan ni (boleh menang) tetapi  dia meleset. 
 
“Dia (PAN) kuat di kawasan yang ada pengundi-pengundi DAP, sebab itu lebih baik dia pakai simbol DAP pada PRU15 akan datang,” jelasnya.
 
Beliau menegaskan, PAN sepatutnya menggunakan simbol parti DAP pada pilihan raya akan datang kerana parti itu mendapat sokongan kuat DAP. – HARAKAHDAILY 27/7/2019
- Advertisement -