Hina Nabi: Mana suara pemimpin Islam kerajaan?

- Advertisement -
JOHOR BAHRU: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sangsi dengan sikap berdiam diri pimpinan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Johor terhadap penghinaan oleh Wendy Loong ke atas Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz berkata, hingga kini tidak kedengaran sebarang reaksi dari pimpinan kerajaan terhadap isu amat sensitif yang berulang kali berlaku ini.
 
Beliau memberi penegasan kepada semua pihak supaya tidak pernah sesekali cuba bersikap tidak hormat dan melukakan kemuliaan Nabi S.A.W yang menjadi kecintaan umat Islam dan sedia bangkit mempertahankan Baginda.
 
“Facebook Wendy Loong ini juga tidak menggambarkan sikap rakyat Malaysia. Kita di negara ini telah dididik menerima kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. Jadi sikap tidak hormat seperti ini bukan sikap rakyat Malaysia.
 
“Jadi di mana kamu wahai pemimpin kerajaan, pemimpin umat Islam mempertahankan kemuliaan Nabi dan agama Islam yang dicintai ini?” soalnya ketika hadir di Balai Polis Sentral JB, di sini semalam.
 
Laporan polis itu dibuat Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin dan laporan sama dibuat PAS Kawasan Sri Gading di Balai Polis Sri Gading di mana terdahulu Pemuda PAS Johor Bahru membuat laporan di IPD JB Utara, Larkin, malam kelmarin.
 
Sementara Muslimat PAS Kawasan dan Wanita Umno Bahagian Sekijang dan Labis bersama membuat laporan polis iaitu masing-masing di IPD Segamat dan Balai Polis Labis, petang semalam. – HARAKAHDAILY 26/7/2019
IMG 20190726 WA0010
 
IMG 20190726 WA0005
 
IMG 20190726 WA0004
 
IMG 20190726 WA0003
 
IMG 20190726 WA0001
- Advertisement -