Silibus siyasah syariyyah, ajar politik perintah agama

- Advertisement -

SELAYANG: Silibus pendidikan politik untuk diketengahkan mestilah dalam kerangka disiplin ilmu siyasah syariyyah, demikian pesan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Dr Muhamad Zuhaili Saiman.

- Advertisement -

Jelasnya, pendidikan politik konvensional yang berkiblatkan Barat tidak membawa kebaikan, sebaliknya wujud risiko berkait emosi keingainan dan keseronokan nafsu tanpa bimbingan wahyu.

Beliau melontarkan perkara itu dalam program Table Talk membicara Undi 18 Tahun anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor di Dewan Mantop Training Centre, Rawang, di sini malam tadi.

Topik itu susulan Dewan Rakyat meluluskan usul RUU yang meminda Perlembagaan menurunkan had umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dengan sokongan dua pertiga Ahli-ahli Parlimen minggu lalu.

“Isu umur 18 tahun layak mengundi bukan pada angka sahaja, tetapi medium persiapan yang tersedia dalam proses mematangkan remaja hari ini. Ini kerana, angka 18 tahun bukan asing dalam realiti semasa.

“Ini had umur layak berkahwin di Selangor dan beberapa negeri, juga layak ambil lesen memandu yakni 16 tahun. Bagi umur 17 tahun serta minima umur bagi kerja berbahaya menurut akta berkaitan pekerjaan,” hurainya.

Dr Zuhaili turut mengingatkan kerajaan supaya didikan tersebut bermula dari institusi keluarga yang dimatangkan dengan menjelaskan bahawa politik merupakan antara perintah agama.

Terangnya, tuntutan syahadah adalah untuk membawa politik bagi menegakkan hukum Allah sebagaimana ditekankan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Haqiqah at-Tauhid dan Jarimah al-Riddah wa ‘Uqubatuha.

Turut sama selaku panel pada program ini ialah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail. – HARAKAHDAILY 24/7/2019

IMG 20190724 WA0028

- Advertisement -