Hina Nabi: Lapor polis kerana isu besar

- Advertisement -

SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyifatkan laporan polis susulan kenyataan biadap pemilik akaun facebook Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. bukan untuk mempolitikkan isu tersebut tetapi merupakan isu besar yang perlu diperjuangkan oleh umat Islam.

- Advertisement -

Menurutnya, bukan orang politik sahaja tetapi seluruh umat Islam perlu bangkit apabila orang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

“Kita melihat sebahagian umat Islam hari ini hanya merasakan cinta kepada Nabi semasa Maulidurasul sahaja.

“Sedangkan sepatutnya semua harus bangkit apabila berlaku penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W. terutamanya dilukis dalam bentuk karikatur yang sangat hina,” tegasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam berhubung perkara itu, tengah hari tadi.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli mengetuai membuat laporan itu yang turut disertai Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Selangor, Dato’ Rosni Sohar.

Beliau menyeru agar rakyat tidak meletakkan perkara itu hanya untuk orang politik sahaja perlu berjuang.

Katanya, jika rakyat tidak bangkit menentang puak-puak atau individu seperti itu, mereka akan lebih berani daripada apa yang berlaku hari ini.

Tambah beliau, DMPNS akan terus bangkit dan memperjuangkan isu-isu terutamanya isu agama yang dimainkan oleh pihak tertentu. – HARAKAHDAILY 24/7/2019

- Advertisement -