Keputusan seri simbolik perpaduan kukuh dua parti

- Advertisement -
TASEK GELUGOR: Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor di Padang Awam Pekan Darat, di sini kelmarin. 
 
Perlawanan tersebut merupakan kesinambungan agenda perpaduan ummah dan merupakan salah satu program Santai Bersama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dasuki. 
 
Perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 menyaksikan pertembungan hebat antara kedua pihak yang kebanyakan pemain dibarisi oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda masing-masing.
 
Terdahulu Pemuda PAS Tasek Gelugor sebelum itu menerima jemputan ke program Minum Petang Pemuda PAS-UMNO di Bagan Belat.
 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, Ustaz Asril Hafiz Hashim menegaskan, ta’awun yang dilaksanakan adalah semata-mata bermatlamatkan Islam dan tidak kerana tujuan lain.
 
Hadir sama dalam perlawanan persahabatan adalah Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Sobri Salleh dan Adun Sungai Dua, Dato’ Muhamad Yusoff Mohd Noor. – HARAKAHDAILY 23/7/2019
- Advertisement -