Hina Nabi: PAS, Umno Padang Terap lapor polis

- Advertisement -

PADANG TERAP: Satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Nerang telah dibuat oleh PAS Kawasan Padang Terap bersama Umno bahagian petang tadi terhadap pemilik akaun Facebook, Wendy Loong yang memuat naik gambar menghina Nabi Muhammad SAW.

- Advertisement -

Menurut Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Mohd Azam Abdul Aziz, adalah tidak wajar penghinaan yang melebihi batas tata susila budaya dan agama dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan sewajarnya a pihak berkuasa.

“Tindakan mengikut lunas undang-undang negara itu perlu diambil supaya perkara yang menyentuh keharmonian kaum dan sensitiviti agama dapat dibendung dan ditangani segera oleh pihak berwajib,” ujar beliau.

Katanya lagi, kebersamaan PAS dan Umno menyuarakan bantahan terhadap isu itu memberi isyarat jelas bahawa suara umat Islam perlu bersatu berhubung isu penting memelihara agama.

Justeru itu kes berkenaan diharapkan agar segera disiasat oleh pihak Polis dan SKMM mengikut Akta 298A dan Akta AKMM 1998 atau akta yang sesuai dikenakan tindakan yang sewajarnya agar perkara itu tidak berulang pada masa akan datang.

Turut hadir, antaranya Timbalan Yang Dipertua, Yusuf @Munir Zakaria (Adun Kuala Nerang),Naib Yang Dipertua, Mohd Radzi Md Amin (Adun Pedu), Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Terap, Ustaz Nurul Amin Hamid, beberapa ahli jawatankuasa serta pimpinan Umno serta Pemuda Umno Padang Terap. – HARAKAHDAILY 23/7/2019

- Advertisement -