Sayur tidak jadi keperluan kerana mahal?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Asmak Husin berkata, bahan tani seperti sayur-sayuran tidak lagi menjadi bahan keperluan.

- Advertisement -

Namun katanya, ianya menjadi barangan kehendak, ini kerana kosnya yang mahal.

Beliau berkata demikian semasa mengemukakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara.

“Kalau kita pergi ke universiti, bila ditanya kepada pelajar mereka lebih suka mengambil nasi dan lauk sahaja.

“Dan sayur ini menjadi pilihan sekiranya bajet mereka lebih atau di awal bulan,” ujarnya.

Katanya, ini menunjukkan bahawa kita tidak rasa impak sayur itu menjadi barangan harian yang diperlukan dalam jizi pemakanan harian rakyat.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, berkenaan usaha bagi pihak kementerian untuk memastikan rakyat agar menjadikan sayuran sebagai makanan keperluan asasi.

Beliau turut bertanya pihak kementerian, apakah ada kajian impak yang menunjukkan pasar tani tersebut benar-benar menurunkan harga sehingga dapat dimiliki oleh semua tahap rakyat.

Menjawab soalan tersebut, Tim Tze Tzin berkata, barangan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), adalah di antara lima peratus sehingga 20 peratus lebih murah berbanding dengan pasar awam yang berdekatan.

Katanya, sayuran bukan menjadi keperluan dan menjadi kehendak itu, perlu ada kajian dan faktar tertentu bagi membuktikan ianya benar sebegitu. – HARAKAHDAILY 22/7/2019

- Advertisement -