PAS-Umno Kepala Batas gerak langkah ta’awun

- Advertisement -
KEPALA BATAS: Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas telah menghadiri jemputan ke Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kepala Batas di Penang Golf Resort, hari ini.
 
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kepala Batas, Nurziana Zainol mengulas, kehadiran tersebut menjadi wadah kepada kesediaan penyatuan ummah melalui ta’awun antara kedua pihak berteraskan prinsip bertolongan dalam perkara kebaikan, bukan kejahatan.
 
“Ta’awun PAS-Umno Kepala Batas mampu memberi petanda positif kepada masyarakat bahawa usaha ini bukan sahaja dihasratkan oleh pimpinan atasan malahan dambaan rakyat di akar umbi bagi kepentingan agama, ummah dan bangsa,” katanya dalam majlis tersebut.
 
Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dasuki selaku perasmi majlis menyatakan hasrat ta’awun itu untuk kedua pihak menubuhkan kerajaan yang lebih baik daripada PH, di mana kebersamaan PAS dan Umno masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.
 
“PAS ada kekuatan dan kelemahan. Justeru kekuatan mereka boleh menampung kelemahan Umno dan sebaliknya kekuatan dan pengalaman Umno boleh menampung kekurangan PAS,” jelas beliau.
 
Naib Ketua Pemuda PAS Kepala Batas, Hisyamuddin Kamarudin menyahut seruan penyatuan ummah ini dan akan bersama Pemuda Umno bagi menggerakkan agenda melalui pelaksanaan aktiviti dan penganjuran lain secara berstrategi. – HARAKAHDAILY 21/7/2019
IMG 20190721 WA0066
 
IMG 20190721 WA0065
 
IMG 20190721 WA0063
- Advertisement -