Pemimpin PAS bersih rasuah, tiada salah laku

- Advertisement -
IPOH: Ketua Penerangan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Hasna’ Ab Samad menyeru Muslimat menggiatkan peranan sebagai agen penerangan bagi mengelak masyarakat keliru dengan persepsi buruk dimainkan PH. 
 
Ulasnya, Pemuda dan Ameerah selaku organisasi muda PAS hendaklah sentiasa menonjolkan akhlak mahmudah dengan mempamerkan jati diri seorang Mukmin dari semasa ke semasa.
 
Beliau meyakini bahawa kedudukan PAS di setiap peringkat semakin kukuh dan akan mendapat bantuan Allah kerana komited memperjuangkan dasar untuk memelihara Islam.
 
Ketua Ameerah Perak, Aslina Kholid pula menyeru pengundi muda agar bijak memilih pemimpin yang bercirikan Al-Qawwiy dan Al-Amin untuk diangkat menjadi pemimpin menerajui barisan kerajaan. 
 
“Pemimpin yang berkaliber bukan sahaja berfikiran profesional, namun yang menjadi keutamaan ialah memiliki kemantapan ilmu agama yang bergerak seiring dalam prinsip hidupnya.
 
“Meskipun fitnah acapkali dilemparkan pada PAS, namun hingga kini, tiada satupun bukti yang menunjukkan pimpinan PAS terlibat dalam isu rasuah mahupun salah laku sosial. Ini membuktikan PAS selayaknya menjadi pilihan rakyat. 
 
“Pihak kerajaan mencemburui kedudukan PAS yang kini mendapat tempat di hati rakyat. Kerajaan PH merasakan bahawa kedudukan parti mereka terancam meskipun kini bergelar kerajaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/7/2019
IMG 20190718 WA0061
- Advertisement -